expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, August 30, 2012

Bersyukurlah..

Assalamualaikum..

Terlalu banyak untuk diceritakan tetapi tidak mampu ditafsirkan..

Dikala diri semakin mencari, terasa diri semakin hilang arah..

Begitu banyak permintaan kepada Sang Kuasa tetapi hanya sedikit rasa bersyukur..


"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan


yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan 



hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu 



(keperluan dan bekalanmu) dari dunia; 



dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) 


sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu 


(dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah);



dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; 



sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".
(Al-Qasas,77)

Saturday, December 10, 2011

meh kita buat kesimpulan sket....

Assalamualaikum dan salam sejahtera..




Hari ini saya nak buat kesimpulan ringkas atau nk review tentang apa yang telah saya pelajari selama 12 minggu..
Fokus!!


Pembelajaran Inquiri
  • Pembelajaran dimulai dengan 1 atau lebih permasalahan untuk diselesaikan.
  • Permasalahan berbentuk central guiding question.


Thinking Based Learning
  • Merupakan pembinaan berfikir secara kreatif dan kritis.
  • Diajar secara eksplisit (terus) dengan bantuan graphic organizer.


Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem Based learning)
  • Dimulai dengan satu permasalahan yang berkaitan dengan dunia sebenar (ill-structured question).
  • Terdapat beberapa jawapan yang tepat.
  • Munggunakan thinking template bagi memudah cara.


Pembelajaran Koperatif
  • Merupakan aktiviti kumpulan.
  • Terdiri daripada 5 prinsip iaitu penanggungjawaban individu, saling bergantungan, interaksi bersemuka, kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan.


Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning)
  • Pelajar perlu membuat keputusan sendiri di mana guru hanya bertindak sebagai fasilitator.
  • Di akhir pembelajaran, pelajar perlu membuat persembahan seperti debat, seminar dan juga brochure.


"SEBAIK-BAIK SEDEKAH BAGI MUSLIM IALAH APABILA DIA BELAJAR SESUATU ILMU ITU 
KEMUDIAN DIA MENGAJARKAN ILMU ITU KEPADA MUSLIM YANG LAIN"

Hadis Riwayat Ibnu Majah