expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, September 27, 2011

Learning Outcomes..

Learning Outcome atau hasil pembelajaran boleh didefinasikan sebagai penyataan yang menjelaskan apa yang pelajar perlu tahu atau apa yang pelajar dapat aplikasikan di akhir sesi pengajaran. Hasil pembelajaran juga seerti dengan objektif pengajaran kerana ada sesetengah golongan menggunakan perkataan objektif selain hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran juga seharusnya melengkapi tiga domain iaitu domain kognitif,psikomotor dan afektif. Domain kognitif ialah pemikiran, psikomotor pula melibatkan pergerakan anggota fizikal manakala afektif merupakan nilai serta sikap..

5 komponen yang digariskan untuk memudahkan lagi penulisan hasil pembelajaran ialah :

Frasa merujuk kumpulan sasaran
Kata kerja aktif
Objek bagi kata kerja
Konteks / keadaan
Standard / keadaan
Sekarang kita cuba bina satu hasil pembelajaran yang meliputi kelima-lima komponen di atas.

"Di akhir kelas, pelajar boleh menyukat berat bahan menggunakan peralatan yang sesuai hingga dua titik perpuluhan."

Mudah bukan penulisan kita jika gunakan komponen yang telah digariskan dan hasilnya akan lebih sistematik.namun kadangkala terdapat juga hasil pembelajaran yang hanya mengandungi 3 komponen sahaja. Ianya bergantung kepada kesesuaian. Selamat mencuba.

Sunday, September 25, 2011

enjoy watching guys!!

Nuclear Reactor


How to make a nuclear reactor..

Matlamat dan Objektif

MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Maksud dua perkataan ini seakan-akan sama namun tidak la serupa ye..Jom kita kenali apakah yang dimaksudkan dengan matlamat dan objektif ini :

Matlamat
Objektif
Hasrat  jangka panjang yang hendak dicapai
Pencapaian konkrit  yang mampu dicapai dengan mengikuti langkah-langkah tertentu dalam jangka masa yang lebih pendek
Kurang berstruktur
Lebih berstruktur dan konkrit
Tidak begitu jelas bagaimana mengetahui matlamat telah dicapai (sukar untuk diukur)
Boleh diukur. Oleh itu boleh diketahui dengan yakin ia telah dicapai

Sebagai bakal pendidik kta seharusnya mempunyai matlamat dan objektif yang ingin dicapai agar kita tahu tahap kemampuan pelajar dan apa yang harus kita lakukan untuk meningkatkan lagi kefahaman mereka.
Aktiviti yang boleh dilakukan di dalam kelas ialah seperti menggunakan borang KWHL untuk menyusun idea dan mengatur proses pembelajaran. KWHL ialah proses monitor pembelajaran sendiri. Sebagai contoh :
Bezakan antara Pendidikan, Instruksi, Pengajaran, Teknologi, Penaksiran, dan Pembelajaran.

What you Know
What you Want to know
How to find out
What you Learned
Pendidikan
Satu tempat di mana pelajar belajar secara formal.
Apakah sebenarnya pendidikan.
Internet, berbincang dalam kumpulan, tanya pensyarah
Proses di mana pelajar belajar dengan tujuan membangunkan dirinya secara holistik. Ianya boleh jadi formal, non-formal, dan informal.
Pengajaran
Proses menyampaian maklumat
Apakah itu pengajaran
Internet, berbincang dalam kumpulan, tanya pensyarah
Tindakan guru untuk membantu proses pembelajaran
Instruksi
-
Apakah itu instruksi.
Internet, berbincang dalam kumpulan, tanya pensyarah
Proses memudah cara pembelajaran.
Teknologi
Peralatan-peralatan terkini dan canggih
Adakah teknologi hanya peralatan
Internet, berbincang dalam kumpulan, tanya pensyarah
Pembangunan dalam peralatan dan idea baru  sebagai sumber pembelajaran
Penaksiran
Proses mengumpul data ttg apa yang pelajar tahu dan keupayaan mereka.



Pembelajaran
Proses memberi dan menerima maklumat
Apakah skop pmbelajaran
Internet, berbincang dalam kumpulan, tanya pensyarah
Proses membina dan mendapat pengetahuan, kemahiran, sikap, dan nilai tertentu yang boleh diaplikasikan.


Monday, September 19, 2011

QUICK ENTRY!!

Assalamualaikum..
Good morning everyone..!let's start our day with..SMILE..!tiba2 je rajin nk post entry  walaupun hanya entry pendek sementara menunggu masa untuk ke kelas..kalau ad yang masih liat lg tu cepat2 bgn then cuci muka..jangan lupa cuci hidung.sebab...bila kita tidur, syaitan tu melekat atau bersarang kat hidung tu.selesa kot sebab ada bulu.hehe..So,cpt buang syaitan tu ey.Baru la rasa semangat sket..
JOM KE KELAS and ENJOY!!

Sunday, September 18, 2011

Penaksiran dan Pentafsiran???

Kali ini jom kita berbincang tentang Assessment atau pentaksiran..Sebelum tu kita sentuh sikit pasal sama ke penaksiran dan pentafsiran ni? Sebelum mengambil subjek ini saya akan jawab sama je penaksiran dan pentafsiran.Ejaan pun lebih kurang je kan.Tapi, dua peerkara ini adalah sesuatu yang berbeza sama sekali..Tafsir tu kan macam kita memberi maksud terhadap sesuatu perkara atau perkataan manakala penaksiran merupakan proses mengumpul maklumat tentang pengetahuan pelajar dan keupayaan mereka.

     
          Sebagai seorang guru,proses penaksiran ini ibarat isi dengan kuku..Ini adalah kerana proses penaksiran ini perlu berterusan dari masa ke masa. Contoh kaedah penaksiran ialah seperti :

  • Kuiz
  • Ujian Peperiksaan
  • Soal jawab dalam kelas
Diharap sedikit info yang diberikan dapat menambah sedikit pengetahuan yang sedia ada..=)

Wednesday, September 14, 2011

Student Needs Assessment,,

Assessment is a process of collecting data about the student's knowledge and their ability..As a teacher, we have to know the ability of the student to understand based on our teaching..

        For the first class of Instruction, Technology, and Assessment, we are given some questions..Giving question also a part of assessment.The questions are :
  1.  How is life without energy?
  2. How does energy shortage affect our life?
  3. What do yo know about nuclear energy? Can it be the dominant energy source in Malaysia?Justify your answer.
  4. What kinds of questions that you would need to answer before you make an important decision?
  5. What are the kinds of behaviour that would facilitate social interaction?
My answer will be uploaded later..stay tuned..

Monday, September 12, 2011

The World of Energy

Welcome everyone to my blog...