expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, September 27, 2011

Learning Outcomes..

Learning Outcome atau hasil pembelajaran boleh didefinasikan sebagai penyataan yang menjelaskan apa yang pelajar perlu tahu atau apa yang pelajar dapat aplikasikan di akhir sesi pengajaran. Hasil pembelajaran juga seerti dengan objektif pengajaran kerana ada sesetengah golongan menggunakan perkataan objektif selain hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran juga seharusnya melengkapi tiga domain iaitu domain kognitif,psikomotor dan afektif. Domain kognitif ialah pemikiran, psikomotor pula melibatkan pergerakan anggota fizikal manakala afektif merupakan nilai serta sikap..

5 komponen yang digariskan untuk memudahkan lagi penulisan hasil pembelajaran ialah :

Frasa merujuk kumpulan sasaran
Kata kerja aktif
Objek bagi kata kerja
Konteks / keadaan
Standard / keadaan
Sekarang kita cuba bina satu hasil pembelajaran yang meliputi kelima-lima komponen di atas.

"Di akhir kelas, pelajar boleh menyukat berat bahan menggunakan peralatan yang sesuai hingga dua titik perpuluhan."

Mudah bukan penulisan kita jika gunakan komponen yang telah digariskan dan hasilnya akan lebih sistematik.namun kadangkala terdapat juga hasil pembelajaran yang hanya mengandungi 3 komponen sahaja. Ianya bergantung kepada kesesuaian. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment