kemahiran Proses Sains merangkumi 12 perkara iaitu memerhati, mengelas,mengukur dan menggunakan nombor,membuat inferens,meramal,berkomunikasi,menggunakan perhubungan ruang dan masa,mentafsir maklumat,mendefinasikan secara Operasi,mengawal memboleh ubah,membuat hipotesis dan mengeksperimen.
Mari kita lihat pula kesemua perkara yang merangkumi kemahiran proses sains.
MEMERHATI
- Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena menggunakan sebahagian atau kesemua deria dan dibuat secara kualitatif atau kuantitatif.
MENGELAS
- Proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara objek atau fenomena berdasarkan ciri atau sifat yang sepunya.
MENGUKUR DAN MENNGUNAKAN NOMBOR
- Kelebihan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat pendawaian.
MEMBUAT INFERENS
- Proses membuat kesimpulan awal untuk menerangkan peristiwa atau objek berdasarkan pemerhatian..
- kesimpulan yang dibuat pula mungkin benar atau salah.
MERAMAL
- Proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku.
BERKOMUNIKASI
- Kemahiran yang merujuk kepada kelebihan menerima,memilih dan memepersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk.
MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG DAN MASA
- Kelebihan memperihalkan atau menunjukkan lokasi,arah,bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.
MENTAFSIR MAKLUMAT
- Kelebihan memberi penerangan rasional tentang objek,fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul.
MENDEFINASI SECARA OPERASI
- Proses memberi definasi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan.
MENGAWAL PEMBOLEH UBAH
- Satu faktor,keadaan atau hubungan yang boleh diubah dalam suatu kejadian atau sistem yang dikaji.
MEMBUAT HIPOTESIS
- Merupakan suatu ramalan mengenai hubungan antara dua atau lebih pembolehubah.(Boleh diuji kesahihannya)
MENGEKSPERIMEN
- Kelebihan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis.
No comments:
Post a Comment