expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, October 10, 2011

jom menonton semua..

Alhamdulillah..


Project Base Learnig (PjBL) dah selesai dengan agak jayanya..semua ahli kelas berusaha dengan bersungguh-sungguh walaupun agak sedikit terkilan kerana sambutan yang diberikan oleh mahasiswa dari kursus lain agak kurang..tapi takpe.ada ubi ada batas.korang anjur program kami nak lalu dengan muka sombong je.haha..just joking..kami tetap sokong korang oke!


 Tapi memang hari tu agak gementar kerana program ini melibatkan penceramah luar iaitu dari Pusat Nukear Malaysia dan.......membawa 30% markah.bagi kami markah tinggi ye DR. Nurul.hehe..


  Sekarang masa untuk membuat tugasan yang seterusnya iaitu macam modul la juga ye.kena rancang pengajaran. Kumpulan kami dapat tajuk tingkatan empat.sambil-sambil buat kerja jom kita tonton sedikit aksi atau contoh pengajaran yang ad kat you tube.layan~
kreatif cikgu sorang ni.patah  pinggang eden ni kalau hari-hari masuk  kelas kena menari.

how about this??kurang persedian kot jap2 tengok kertas.

hebat kan cikgu ni boleh kawal pelajar yang ramai..

semangat betul pelajar ni kalau kena dengan gaya..

enjoy guys..

Sunday, October 09, 2011

Kemahiran Saintifik

Kemahiran Saintifik merupakan kemahiran yang membantu kita menjalankan sains dan kemahiran memanipulatif.Jadi, untuk membantu kita memudahkan lagi menjalankan proses sains seperti eksperimen kita perlu memahami kemahiran saintifik ini. Baru lah sesipengajaran akan lebih terancang.
kemahiran Proses Sains merangkumi 12 perkara iaitu memerhati, mengelas,mengukur dan menggunakan nombor,membuat inferens,meramal,berkomunikasi,menggunakan perhubungan ruang dan masa,mentafsir maklumat,mendefinasikan secara Operasi,mengawal memboleh ubah,membuat hipotesis dan mengeksperimen.
Mari kita lihat pula kesemua perkara yang merangkumi kemahiran proses sains.

MEMERHATI

  • Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena menggunakan sebahagian atau kesemua deria dan dibuat secara kualitatif atau kuantitatif.
MENGELAS
  • Proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara objek atau fenomena berdasarkan ciri atau sifat yang sepunya.
MENGUKUR DAN MENNGUNAKAN NOMBOR
  • Kelebihan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat pendawaian.
MEMBUAT INFERENS
  • Proses membuat kesimpulan awal untuk menerangkan peristiwa atau objek berdasarkan pemerhatian..
  • kesimpulan yang dibuat pula mungkin benar atau salah.
MERAMAL
  • Proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku.
BERKOMUNIKASI
  • Kemahiran yang merujuk kepada kelebihan menerima,memilih dan memepersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk.
MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG DAN MASA
  • Kelebihan memperihalkan atau menunjukkan lokasi,arah,bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.
MENTAFSIR MAKLUMAT
  • Kelebihan memberi penerangan rasional tentang objek,fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul.
MENDEFINASI SECARA OPERASI
  • Proses memberi definasi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan.
MENGAWAL PEMBOLEH UBAH
  • Satu faktor,keadaan atau hubungan yang boleh diubah dalam suatu kejadian atau sistem yang dikaji.
MEMBUAT HIPOTESIS
  • Merupakan suatu ramalan mengenai hubungan antara dua atau lebih pembolehubah.(Boleh diuji kesahihannya)
MENGEKSPERIMEN
  • Kelebihan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis.