Maksud Pembelajaran Koperatif :
- Pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang mana bermula dengan pembelajaran inquiri. Pelajar mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam satu kumpulan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan dipersembahkan pada akhir sesi pengajaran.
Ciri-ciri Pembelajaran Koperatif :
- Pembelajaran berpusatkan Pelajar.
- Semua ahli kumpulan mempunyai matlamat yang sama.
- Pelajar berkongsi idea dalam kumpulan.
- Pelajar bekerjasama dalam menyelesaikan permasalahan dan saling bergantungan.
- Di akhir pembelajaran,pelajar membuat kesimpulan atau membuat persembahan hasil perbincangan.
Dalam Pembelajaran Koperatif terdapat beberapa prinsip dan teknik yang harus dipatuhi.
Prinsip-prinsip pembelajaran Koperatif ialah :
- Saling bergantungan secara positif
- Tanggungjawab perseorangan.
- Menatap muka(eye-to-eye)
- Komunikasi secara sosial.
- Pemprosesan Kumpulan
v.
Teknik-teknik yang terlibat dan peraturan dalam menjalankan aktiviti ini ialah :
i. Jigsaw
§ Duduk dalam kumpulan seramai 5 orang setiap kumpulan (Kumpulan ASAL)
§ Beri nombor daripada 1 hingga 5 kepada setiap ahli
§ Semua ahli bergerak keluar dari kumpulan Asal untuk membentuk kumpulan ahli dengan nombor yang sama (Kumpulan PAKAR)
§ Setiap kumpulan PAKAR mencari maklumat, berbincang, mensintesis, dan membuat ringkasan tentang 1 daripada 5 model atau teknik pembelajaran koperatif dan prinsip pembelajaran koperatif. Masa yang diperuntukkan adalah selama 20 minit. Gunakan papan putih untuk membuat catatan jika perlu.
§ Setiap kumpulan PAKAR mencari maklumat, berbincang, mensintesis, dan membuat ringkasan tentang 1 daripada 5 model atau teknik pembelajaran koperatif dan prinsip pembelajaran koperatif. Masa yang diperuntukkan adalah selama 20 minit. Gunakan papan putih untuk membuat catatan jika perlu.
ii. STAD – Student Teams Achievement Divisions
§ Guru menerangkan terlebih dahulu seperti objektif pembelajaran dan bertanya soalan.
§ Pelajar di bahagikan kepada beberapa kumpulan yang berbilang tahap pencapaian.
§ Pelajar diberi peluang berbincang secara kumpulan.
§ Kemudian guru memberi kuiz secara individu dan markah tersebut akan dikumpul secara berkumpulan.
§ Guru memberi penghargaan atau ganjaran kepada kumpulan yang mendapat markah yang tertinggi.
iii. GI – Group Investigation.
§ Pelajara merancang dan menghasilkan penyiasatan mereka sendiri.
§ Pelajar akan membentuk kumpulan mereka sendiri dan memilih topik.
§ Mereka membincangkan tajuk dan membuat penyiasatan.
§ Kemudian mereka akan membentangkan kepada kelas.
§ Guru dan kawan-kawan yang lain memberi penambahbaikan.
iv. TGT – Teams Games Tournaments
§ TEknik dimulai apabila guru memberi topik dan mereka membentuk satu kumpulan.
§ Guru kemudiaannya meminta pelajar menjawab beberapa soalan untuk dijawab mengikut tahap pengetahuan pelajar.
§ Kemudian mereka akan berbincang di dalam satu kumpulan yang baru.
§ Guru akan memberi soalan lagi mengikut tahap dan kemudiannya markah untuk individu akan dikumpulkan dalam satu kumpulan asal.
v. TAI – Teams Accelerated Instruction
§ Memberi peluang kepada pelajar lemah untuk meningkatkan diri.
§ Penanggungjawaban individu.
§ Interaksi bersemuka.
§ Pengajaran kemahiran sosial secara eksplisit.
§ Dimualai pabila guru memberi worksheet dan pelajar menjawab secara individu.
§ Kemudian bincangkan di dalam satu kumpulan mengenai soalan tersebut.Pelajar yang pandai membantu ahli dalam kumpulan tersebut.
§ Diakhiri dengan penilaian iatu kuiz unutk memantau tahap peningkatan pelajar.
vi. Numbered Heads Together
§ Aktiviti, perbincangan dan kerjasama untuk menjawab soalan.
§ Guru akan mengajar terlebih dahulu dan pelajar akan membina satu kumpulan random mengikut nombor contohnya nombor 1-5.pelajar yang mendapat nombor 1 akan membina kumpulan pakar.
§ Kemudian pelajar akan diberi soalan mengikut nombor.
§ Mereka kemudiannya masuk kepada kumpulan yang asal.
§ Guru akan memberi soalan dan meminta seorang daripada ahli kumpulan untuk menjawab.
§ Guru akan memberi soalan dan meminta seorang daripada ahli kumpulan untuk menjawab.
P/s : Gunakanlah semaksima mungkin teknik yang telah dipelajari pada masa hadapan untuk menjadi pendidik yang cemerlang..
Comments by ZingerBug.com