expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, November 23, 2011

Salah Faham???????

Assalamualaikum..


Hari ini kita akan membincangkan salah faham atau lebih ilmiahnya dipanggil miskonsepsi. Miskonsepsi merupakan satu kefahaman,kepercayaan dan pegangan  yang tidak tepat atau berbeza dari fahaman sains yang betul dan yang diterima pakai.


                               MISKONSEPSI TIDAK BERMAKSUD MEMBUAT KESALAHAN!!



Ciri-ciri miskonsepsi:

  • Kepercayaan yang kukuh di dalam minda dan sukar diperbetul dalam masa yang singkat.
  • Kurang kefahaman berbanding pengetahuan.
  • Terhasil daripada pengalaman sendiri.
        Miskonsepsi ini banyak berlaku dalam kalangan pelajar. Walaupun telah diperbetul beberapa kali, namun ada dalam kalangan mereka yang masih lagi keliru kerana ianya telah menjadi pegangan dan kepercayaan yang sukar di ubaH dan memerlukan kefahaman yang tinggi. Miskonsepsi juga berlaku dalam kalangan guru sendiri.
     

       


Mari kita ambil satu contoh yang mudah....
Hotter objects contain more heat than colder objects.
is it true??



mengikut kajian yang telah dibuat (berdasarkan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas), ramai menyatakan pernyataan di atas adalah benar...jawapannya adalah SALAH!!


Jika diliht dari segi maksud, Suhu bermaksu darjah kepanasan dan ukuran tenaga kinetik transilasi. Manakala Haba pula merupakan satu tenaga yang  berpindah dalam keadaan dua objek yang berlainan suhu sebelum keduanya mencapai keseimbangan thermal.




 Banyak lagi konsep yang telah kami pelajari pada hari ini dan banyak juga miskonsepsi yang berjaya dikesan. Jadi banyak lagi konsep yang perlu kami kuasai dan faham sedalam-dalamnya.


Tahu tak mermakna kita faham..Jadi kita harus tahu dan cuba untuk memahaminya..


        
"TINGGALKAN MISKONSEPSI TINGKATKAN PRESTASI"

  
'fgg
   


No comments:

Post a Comment