expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 28, 2011

Mari Mengenal Pembelajaran Koperatif


Maksud Pembelajaran Koperatif :
  • Pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang mana bermula dengan pembelajaran inquiri. Pelajar mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam satu kumpulan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan dipersembahkan pada akhir sesi pengajaran. 
Ciri-ciri Pembelajaran Koperatif :
  • Pembelajaran berpusatkan Pelajar.
  • Semua ahli kumpulan mempunyai matlamat yang sama.
  • Pelajar berkongsi idea dalam kumpulan.
  • Pelajar bekerjasama dalam menyelesaikan permasalahan dan saling bergantungan.
  • Di akhir pembelajaran,pelajar membuat kesimpulan atau membuat persembahan hasil perbincangan.
Dalam Pembelajaran Koperatif terdapat beberapa prinsip dan teknik yang harus dipatuhi.

Prinsip-prinsip pembelajaran Koperatif ialah :
  •    Saling bergantungan secara positif
  •  Tanggungjawab perseorangan.
  •    Menatap muka(eye-to-eye)
  •     Komunikasi secara sosial.
  • Pemprosesan Kumpulan

      v.             
Teknik-teknik yang terlibat dan peraturan dalam menjalankan aktiviti ini ialah :
        i.            Jigsaw
§  Duduk dalam kumpulan seramai 5 orang setiap kumpulan (Kumpulan ASAL)
§  Beri nombor daripada 1 hingga 5 kepada setiap ahli
§  Semua ahli bergerak keluar dari kumpulan Asal untuk membentuk kumpulan ahli dengan nombor yang sama (Kumpulan PAKAR)
§  Setiap kumpulan PAKAR mencari maklumat, berbincang, mensintesis, dan membuat ringkasan tentang 1 daripada 5 model atau teknik pembelajaran koperatif dan prinsip pembelajaran koperatif. Masa yang diperuntukkan adalah selama 20 minit. Gunakan papan putih untuk membuat catatan jika perlu.
§  Setiap kumpulan PAKAR mencari maklumat, berbincang, mensintesis, dan membuat ringkasan tentang 1 daripada 5 model atau teknik pembelajaran koperatif dan prinsip pembelajaran koperatif. Masa yang diperuntukkan adalah selama 20 minit. Gunakan papan putih untuk membuat catatan jika perlu.

      ii.            STAD – Student Teams Achievement Divisions
§  Guru menerangkan terlebih dahulu seperti objektif pembelajaran dan bertanya soalan.
§  Pelajar di bahagikan kepada beberapa kumpulan yang berbilang tahap pencapaian.
§  Pelajar diberi peluang berbincang secara kumpulan.
§  Kemudian guru memberi kuiz secara individu dan markah tersebut akan dikumpul secara berkumpulan.
§  Guru memberi penghargaan atau ganjaran kepada kumpulan yang mendapat markah yang tertinggi.

    iii.            GI – Group Investigation.
§  Pelajara merancang dan menghasilkan penyiasatan mereka sendiri.
§  Pelajar akan membentuk kumpulan mereka sendiri dan memilih topik.
§  Mereka membincangkan tajuk dan membuat penyiasatan.
§  Kemudian mereka akan membentangkan kepada kelas.
§  Guru dan kawan-kawan yang lain memberi penambahbaikan.

    iv.            TGT – Teams Games Tournaments
§  TEknik dimulai apabila guru memberi topik dan mereka membentuk satu kumpulan.
§  Guru kemudiaannya meminta pelajar menjawab beberapa soalan untuk dijawab mengikut tahap pengetahuan pelajar.
§  Kemudian mereka akan berbincang di dalam satu kumpulan yang baru.
§  Guru akan memberi soalan lagi mengikut tahap dan kemudiannya markah untuk individu akan dikumpulkan dalam satu kumpulan asal.

      v.            TAI – Teams Accelerated Instruction
§  Memberi peluang kepada pelajar lemah untuk meningkatkan diri.
§  Penanggungjawaban individu.
§  Interaksi bersemuka.
§  Pengajaran kemahiran sosial secara eksplisit.
§  Dimualai pabila guru memberi worksheet dan pelajar menjawab secara individu.
§  Kemudian bincangkan di dalam satu kumpulan mengenai soalan tersebut.Pelajar yang pandai membantu ahli dalam kumpulan tersebut.
§  Diakhiri dengan penilaian iatu kuiz unutk memantau tahap peningkatan pelajar.

    vi.            Numbered Heads Together
§  Aktiviti, perbincangan dan kerjasama untuk menjawab soalan.
§  Guru akan mengajar terlebih dahulu dan pelajar akan membina satu kumpulan random mengikut nombor contohnya nombor 1-5.pelajar yang mendapat nombor 1 akan membina kumpulan pakar.
§  Kemudian pelajar akan diberi soalan mengikut nombor.
§  Mereka kemudiannya masuk kepada kumpulan yang asal.
§  Guru akan memberi soalan dan meminta seorang daripada ahli kumpulan untuk menjawab.


P/s : Gunakanlah semaksima mungkin teknik yang telah dipelajari pada masa hadapan untuk menjadi pendidik yang cemerlang..


Comments by ZingerBug.com

No comments:

Post a Comment