Hari ini saya nak buat kesimpulan ringkas atau nk review tentang apa yang telah saya pelajari selama 12 minggu..
Fokus!! |
Pembelajaran Inquiri
- Pembelajaran dimulai dengan 1 atau lebih permasalahan untuk diselesaikan.
- Permasalahan berbentuk central guiding question.
Thinking Based Learning
- Merupakan pembinaan berfikir secara kreatif dan kritis.
- Diajar secara eksplisit (terus) dengan bantuan graphic organizer.
Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem Based learning)
- Dimulai dengan satu permasalahan yang berkaitan dengan dunia sebenar (ill-structured question).
- Terdapat beberapa jawapan yang tepat.
- Munggunakan thinking template bagi memudah cara.
Pembelajaran Koperatif
- Merupakan aktiviti kumpulan.
- Terdiri daripada 5 prinsip iaitu penanggungjawaban individu, saling bergantungan, interaksi bersemuka, kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan.
Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning)
- Pelajar perlu membuat keputusan sendiri di mana guru hanya bertindak sebagai fasilitator.
- Di akhir pembelajaran, pelajar perlu membuat persembahan seperti debat, seminar dan juga brochure.
"SEBAIK-BAIK SEDEKAH BAGI MUSLIM IALAH APABILA DIA BELAJAR SESUATU ILMU ITU
KEMUDIAN DIA MENGAJARKAN ILMU ITU KEPADA MUSLIM YANG LAIN"
Hadis Riwayat Ibnu Majah
No comments:
Post a Comment